Friday, April 29, 2011

Galaticos sedia benam lawan


NAIB juara Terbuka Lelaki Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! tahun lalu, pasukan Red Galaticos Jr.


KUALA LUMPUR – Selepas setahun menjalani latihan, pasukan Red Galaticos Jr. (RGJ) yakin dapat mara ke final sekali gus membenam pasukan lawan bagi kategori lelaki bawah 18 tahun untuk menjadi juara Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! bulan depan.

Pasukan RGJ yang tewas 0-1 kepada pasukan Sala O Jr. pada perlawanan akhir tahun lalu kini menyusun persediaan rapi bagi meranapkan impian pasukan terbabit dalam misi mempertahankan mahkota kejuaraannya dalam edisi kedua Rentap Futsal Putrajaya .

Impian itu disuarakan oleh pengurus RGJ, Yee Peng Keng memandangkan kesemua pemainnya telah menjalani latihan intensif selama setahun dalam membentuk satu pasukan yang mantap dan digeruni pihak lawan.

Peng Keng berkata, keserasian yang ditunjukkan oleh beberapa muka baru dan lama RGJ dalam siri perlawanan di sekitar Lembah Klang membuatkan mereka yakin berhadapan dengan corak permainan pihak lawan nanti.

“Kami akan berjuang berhabisan dengan menampilkan strategi serangan pantas dan menjaringkan lebih banyak gol,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam

Bagaimanapun, RGJ tidak memandang rendah keupayaan pasukan lain dalam memberikan persaingan sengit pada setiap perlawanan yang bakal dilalui nanti.

Ujarnya, apa yang penting adalah memberi lebih banyak tumpuan kepada rentak perlawanan, menguasai bola serta bertahan dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: