Friday, April 29, 2011

Avon bawa suri rumah keliling dunia


SARMILA (kanan) bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dari serata pelosok negara.


BEBERAPA tahun lalu sebelum menyertai Avon, Sarmila Ismail, 36, hanya memasang impian untuk memiliki aset dan menyimpan keinginan melancong ke luar negara. Namun, kekangan kewangan menyebabkan semua daripada itu perlu dipendam.

Status suri rumah tidak bergaji yang disandangnya membuatkan segala yang diimpikan itu mustahil untuk direalisasikan.

Sungguhpun begitu, impian wanita berasal dari Johor itu tidak pernah padam. Dia sentiasa mencari sesuatu perniagaan yang boleh menjamin masa depannya tanpa mengorbankan masanya untuk menjalankan tanggungjawab menjadi seorang isteri dan ibu.

Namun, setelah terbaca beberapa kisah wanita-wanita yang berjaya dengan Avon, nalurinya terpanggil untuk menjadi salah seorang daripada wanita tersebut sekali gus menunaikan impian yang terpendam.

“Dari situlah semangat saya muncul. Bermula dengan mencari pelanggan sedikit demi sedikit, akhirnya saya mula serius berniaga Avon pada tahun 2008.

“Jenama Avon bukanlah baru di hati saya kerana mula mengenali Avon sejak zaman sekolah lagi. Kini saya menjadikan Avon sebagai platform untuk mengecapi kejayaan,” katanya menetap di Muadzam Shah, Pahang.

Baginya tidak sukar untuk menjual produk Avon kerana ia dikenali ramai, mempunyai pengikut setia di pelbagai peringkat umur selain menawarkan produk yang berkualiti dan mampu milik.

Berbekalkan modal awal sebanyak RM100 dan mengambil pesanan pelanggan sikit demi sedikit, kesabaran ibu kepada empat orang anak itu terbayar apabila kini dinobatkan sebagai Wakil Avon No. Satu Negara Januari lalu.


Jenama Avon menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik.


Tidak berpendidikan tinggi

Berpegangkan azimat, lebih banyak mendengar daripada bercakap, lebih banyak kerja daripada berdiam diri, melayakkan Sarmila menyandang status Pengurus Unit Senior selepas setahun menyertai Avon. Lebih manis dia berpeluang menyertai Insentif Percutian ke Vietnam.

“Sebelum menjual Avon, kehidupan saya sekeluarga biasa-biasa sahaja. Tidaklah susah sangat tapi, tidaklah senang manapun.

“Tetapi sebagai suri rumah, saya juga punya impian seperti wanita yang berkerjaya di luar sana untuk tinggal dengan selesa dan memiliki aset walaupun tiada pendapatan,” ujarnya yang mempunyai pelanggan terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Tenaga Nasional dan politeknik berhampiran serta penduduk sekitar Felda Muadzam.

Sarmila yang mendapat sokongan suami tercinta, Mohd. Nasir Che Menor, 43, sebelum ini pernah bekerja sebagai pembantu kedai kasut, kerani stesen minyak dan pegawai akaun, tidak menjadikan alasan tidak berpelajaran tinggi sebagai penghalang untuknya berjaya.

“Saya mahu buktikan bahawa saya mampu bersaing dengan orang lain malah, mahu jadi lebih baik dan berjaya daripada mereka.

“Kini dengan hasil Avon, saya sudah mampu membeli rumah sendiri serta berpeluang melancong ke luar negara seperti ke New Zealand, Belanda, United Kingdom, Turki, Vietnam dan Jepun walaupun hanya sebagai suri rumah,” ujarnya yang mengambil masa dua tahun untuk menampakkan hasil.

Kata Sarmila, bagi wanita bergelar suri rumah sepertinya, tidak perlu takut kerana terdapat sesi latihan dan pembangunan untuk mendalami selok-belok perniagaan.

“Suri rumah yang mahu membantu meningkatkan kehidupan keluarga, sertailah Avon kerana ia menjanjikan pendapatan lumayan yang tidak pernah anda jangkakan.

“Tidak perlu modal banyak, siapkan diri anda dengan pengetahuan terhadap produk yang mahu dijual,” katanya sambil memberitahu dia mampu mendapat pendapatan lebih RM5,000 sebulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: