Penyanyi Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar seakan sudah mula untuk beralih bidang apabila dia dilihat tidak lagi berdiri diatas pentas untuk menyampaikan lagu tetapi lebih kepada lakonan. Namanya kini lebih sinonim dengan pementasan teater biarpun dia baru sahaja melancarkan album terbarunya bulan Mei yang lalu.
Entah mengapa, wanita bersuara lantang ini lebih memilih untuk menghabiskan banyak masanya untuk berteater biarpun sudah diketahui bayaran untuk teater ternyata jauh lebih rendah berbanding cabang seni yang lain. Ditanya sewaktu majlis pelancaran teater Mak dara Nyonya, jelas Misha gembira jika dapat menjayakan teater ini dengan baik. "Saya pilih teater kerana minat. Sejak akhir-akhir ini saya memang meminati teater, saya senang bekerja keras untuk mejayakan teater kerana saya rasa semua yang terlibat dalam teater ini jujur. "Ketika pertama kali ditawarkan untuk berlakon dalam teater Mak Dara Nyonya, saya sudah tidak sabar-sabar untuk beraksi diatas pentas. "Selepas membaca skrip, saya terus jatuh cinta dengannya, biarpun watak saya kecil tetapi saya sudah teruja untuk melakonkannya,"jelas Misha. Ditanya tentang pencapaiannya dalam bidang teater, Misha mengakui dia akan lebih di cabar dalam teater Mak Dara Nyonya ini kerana teater ini adalah teater sebenar, bukanlah teater muzikal seperti yang pernah dilakonkan dahulu. "Jika sebelum ini, saya boleh sorokkan kesilapan dalam lakonan saya melalui nyanyian dalam teater itu, tapi kali ini tidak. Sekiranya saya silap, ia akan secara terang-terangan dilihat oleh penonton, itu yang membuatkan saya mahu lebih fokus. "Kebetulan untuk bulan Julai, jadual saya kosong, maka saya terima tawaran untuk berlakon dalam teater ini,"jelas Misha yang mengakui jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti selepas ini. |
Thursday, April 28, 2011
Misha terima teater biarpun dengan bayaran murah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: