
Malah, pemenang Anugerah Grammy ini adalah pelopor genre muzik kontemporari jazz dan pernah menjuarai carta Billboard bagi kategori Album Kontemporari Jazz.
Anak kelahiran Seattle, Washington, Amerika Syarikat ini juga berjaya mencipta nama dalam Guiness Book of World Records bagi rekod bermain saksofon dan menahan pada not E Flat dalam tempoh paling lama iaitu 45 minit dan 12 saat.
Peminatnya ada di merata dunia dan Kenny G pernah memukau peminat Malaysia dalam konsertnya di sini pada 2008.
Setelah tiga tahun, Kenny G kembali lagi ke negara ini bagi mengubat kerinduan peminatnya.
Artis instrumental tersohor ini akan muncul dalam konsert di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Mei depan.
Peminat tidak seharusnya melepaskan peluang menikmati tiupan saksofon Kenny G yang baru saja tampil dengan album terbarunya, Heart and Soul tahun lalu.
Tiket konsert yang dibawakan JS Concert Productions sudah mula dijual dan peminat boleh melayari laman web www.airasiaredtix.com untuk maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: