Friday, April 1, 2011

Tentera Gaddafi tanam periuk api

PEMBERONTAK menyusun peluru anti pesawat di sebuah pusat pemeriksaan  di Ajdabiyah, semalam.
PEMBERONTAK menyusun peluru anti pesawat di sebuah pusat pemeriksaan di Ajdabiyah, semalam.

BENGHAZI: Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dilapor memasang periuk api di kawasan sekitar bandar Ajdabiyah.

Aktivis hak asasi manusia dan pakar periuk api menyifatkan tindakan itu sebagai peningkatan dalam elemen baru pada peperangan di timur negara itu.


Jerangkap itu termasuk periuk api antikereta perisai buatan Brazil dan periuk api antikereta kebal buatan Mesir. Dua lapangan periuk api ditemui oleh anggota pengawas beberapa hari selepas pengunduran tentera Gaddafi dari Ajdabiyah. Ia dipercayai dipasang sepanjang 10 hari mereka menduduki semula bandar persimpangan itu, 150 kilometer ke selatan Benghazi, kubu kuat pemberontak.

Bagaimanapun, tentera Gaddafi kini menguasai semula bandar berkenaan selepas melancarkan serangan balas kelmarin.


Pengawas hak asasi manusia di Benghazi, Peter Bouckaert berkata, pasukannya turut menemui puluhan ribu simpanan periuk api yang ditinggalkan tentera Gaddafi di Benghazi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: