Thursday, April 21, 2011

Solekan sesuai fesyen pakaian

MEMUKAU...solekan anggun untuk wanita atau remaja cuba sendiri di rumah.
MEMUKAU...solekan anggun untuk wanita atau remaja cuba sendiri di rumah.

SENTUHAN magis dan kreativiti jurumekap mampu menjadikan seseorang itu kelihatan anggun berbanding biasa.

Jika pandai menyuai padan gaya, penampilan pastinya akan lebih menyerlah dan memukau pandangan sesiapa juga.

Namun, untuk mendapatkan solekan yang menawan, kita perlu mengenal pasti terlebih dulu bentuk wajah, warna kulit, pakaian serta acara yang akan dihadiri.

Jurumekap profesional Lancome, Ismie, berkata amat mustahak untuk wanita pastikan solekan yang dikenakan sesuai dengan pakaian yang digayakan mereka.


Untuk menghadiri majlis tidak formal atau bersantai bersama teman di hujung minggu, solekan tidak perlu terlalu tebal dan sebaiknya kelihatan semula jadi.“Tidak perlu bersolek berlebihan andai mahu bersantai bersama teman tersayang di hujung minggu.


“Paling utama, solekan haruslah tampak cantik dan kena dengan penampilan wanita itu sendiri.

“Jika tidak mengenakan solekan yang betul, wajah akan kelihatan kurang menarik selain kusam dan layu,” katanya.

Selain solekan, katanya, pemilihan pakaian menarik juga perlu bersesuaian supaya ia tidak kelihatan janggal.

Blaus ringkas rona gelap seperti hitam atau biru juga mampu memberi perbezaan, sekali gus pasti menarik perhatian mata yang memandang.

Untuk menyerlahkan lagi penampilan, gaya rambut bagi yang tidak bertudung juga boleh dipelbagaikan.

Jika sudah biasa dengan gaya rambut lurus, anda juga boleh mengubah kepada gaya kerinting atau berombak.

Ikuti langkah demi langkah solekan menarik daripada Ismie untuk wanita atau remaja mencuba sendiri di rumah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: