![]() Bersama Pamela Anderson (gambar dua tahun lalu) Salah satu plan promosi mereka ialah menampilkan bintang Hollywood dalam dua buah klip video. Bukan calang-calang bintang, mereka dapat kerjasama Pamela Anderson, Bai Ling, Marilyn Manson dan Jojo. Pastinya kos pembikinannya berharga ratusan ribu ringgit, satu kos yang jauh lebih tinggi berbanding kos menghasilkan album mereka. ![]() Semasa penggambaran klip Di Tempatku. "Inilah strategi rakan kerja kami di London yang melihat aspek promosi sebagai satu keutamaan dan mereka bersedia untuk melabur ke arah itu," jelas Ramli dalam majlis suai kenal D'Hask bersama media Malaysia di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur semalam. D'Hask yang dianggotai oleh K-Roll (vokal, gitar), Daus (gitar), Reme (bes), Syariff (keyboard) dan Lutfy (dram) menganggap sangat bertuah kerana dapat menampilkan bintang antarabangsa dalam klip video lagu-lagu mereka. ![]() D'Hask bekalkan muzik rock. "Kami pernah berjumpa dengan Pamela pada tahun 2009 dalam satu majlis tertutup di Brunei. Pada masa itu kami turut diundang mengadakan persembahan dan dia salah seorang tetamu pada majlis itu. Dalam perjumpaan itu dia ada berseloroh menawarkan diri untuk menjadi model klip video kalau kami mahu menghasilkannya nanti. ![]() Kemunculan Pamela Anderson pasti bawa impak besar kepada D'Hask. "Kami anggap ia sekadar gurauan sahaja, tapi apabila pihak syarikat mahu menghasilkan klip video lagu Kamu Adalah Mimpi Burukku, pihak syarikat bertanyakannya dan dia memberi persetujuan. Inilah cerita bagaimana Pamela muncul dalam klip video kami," kata K-Roll pasal klip video yang dirakam di London dan dikatakan mencecah kos lebih RM300,000 itu. Marilyn Manson, Bai Ling dan Jojo pula muncul dalam klip lagu Di Tempatku yang menjalani penggambaran di Los Angeles, Amerika Syarikat yang juga mencecah angka ratusan ribu ringgit. Kedua-dua klip itu akan ditayangkan di stesen TV Malaysia tak lama lagi. Di TV Brunei, kedua-dua klip itu diharamkan tayangan kerana menampilkan imej seksi. Anak orang kaya? ![]() Mahu jadi kumpulan yang disegani. Anggota kumpulan muzik rock itu sememangnya mengenali sejak lama kerana ada beberapa anggota yang tinggal berjiran. Mereka juga tiada kena mengena dengan kerabat Diraja Brunei. Malah syarikat rakaman itu juga tidak diduduki oleh golongan kerabat Diraja Brunei. "Tak ada kerabat Diraja dalam syarikat yang kami naungi (Madre Records)," jelas K-Roll lagi. Apabila mahu mencipta nama di Malaysia seseorang atau sesebuah kumpulan dari luar negara kena memperuntukkan banyak masa di sini. Mereka sedia untuk itu dan akan memperuntukkan masa sekiranya diaturkan oleh syarikat rakaman. Album mereka dipasarkan di Malaysia oleh Sony Music. "Saya kerja sementara dan tak ada masalah untuk turun mempromosi album kami nanti," kata Reme yang bekerja sebagai guru sukan di sebuah sekolah menengah di Brunei. |
Thursday, April 21, 2011
Pelaburan besar promo D'Hask
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: