|
|
Ramai wanita bersolek mengikut kemahiran sendiri tanpa mengetahui teknik solekan yang sebenar.
Bagi mendapat hasil yang memuaskan, seseorang wanita harus mengetahui teknik bagaimana hendak mengaplikasikan sesuatu alat solek ke muka.
Ia agak mudah, dapatkan nasihat pakar solekan yang boleh membantu anda. Kini banyak kelas-kelas solekan yang memberi pendedahan kepada teknik solekan diri, andaman atau jurusolek artis profesional.
Kebanyakan wanita menganggap solekan sebagai terapi minda kerana cantik membuatkan diri anda ceria dan sekali gus mempengaruhi aktiviti seharian kita. Walaupun hanya mengoles nipis gincu bibir, kecantikan pasti akan terserlah.
Berkonsepkan transformasi diri daripada kelihatan biasa ke luar biasa, Lancome menjadi penaja rasmi solekan pengacara Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung baru-baru ini dan berkongsi teknik solekan di belakang pentas ketika menata rias wajah Vanida Imran dan Awal Shaari.
Bagi solekan Vanida, jurusolek antarabangsa Lancome, Zamri Zainol melakukan solekan semula jadi dan menggunakan warna pembayang mata yang lebih lembut.
Selain mata, pemerah pipi turut memainkan peranan penting dalam mengindahkan lagi solekan agar wajah kelihatan segar.
Untuk bahagian bibir pula, Zamri turut memilih warna-warna lembut agar ia tidak kelihatan keterlaluan.
Apa yang penting adalah menampilkan kesan bibir yang tampak semula jadi dan menggoda.
Untuk transformasi kali kedua, Vanidah mengenakan solekan waktu malam yang lebih glamor dan menggunakan warna yang lebih menyerlah.
Solekan malam
Untuk solekan malam, solekan pada bahagian mata memainkan peranan.
Tentu saja solekan mampu merubah wajah dan sesudah melakukan make over, anda pastinya mahu penampilan yang meraih perhatian.
Anda juga pasti menginginkan penampilan wajah yang kelihatan semula jadi dan tidak terlalu ketara.
Solekan tidak seharusnya keterlaluan tetapi mampu menyerlahkan penampilan diri bukan menjadikan anda seperti badut.
Dalam pada itu, Awal turut mengenakan bedak asas muka yang nipis untuk menutup kesan berminyak pada wajah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: