Monday, April 4, 2011

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010!


Pelakon popular Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Popular 2011 sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung dengan gilang gemilangnya di Arena All Star, Genting Highland, malam tadi.

Sam yang meraih undian sebanyak 126, 128 daripada pembaca akhbar Berita Harian dengan ini telah berjaya merangkul hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 serta hadiah iringan dan trofi. Selain Sam, artis yang baru pertama kali memenangi anugerah pada acara berprestij itu ialah Ana Raffali menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular, dan kumpulan yang popular dengan lagu Tanpa, 6ixth Sense berjaya membawa pulang gelaran Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular.

Bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, anugerah ini masih kekal disandang oleh Noorkhiriah dan .Pelakon TV Lelaki Popular pula oleh milik aktor, Remy Ishak.


Kumpulan nasyid Rabbani pula masih terpilih sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular setelah sepuluh tahun menggenggam trofi ini secara berturut-turut.

Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi masih mengekalkan popularitinya apabila berjaya meraih gelaran Pengacara TV Lelaki Popular manakala Fara Fauzana dipilih sebagai pemenang gelaran yang sama bagi kategori wanita selain memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular.

Bagi pemilik Anugerah TV Wanita Popular, Fasha Sandha kemenangannya pada malam ini membuktikan dirinya masih diterima peminat biarpun teruk dilanda kontroversi.

Anugerah istimewa, Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama 59 tahun.

Majlis yang berlangsung dalam durasi masa satu jam tiga puluh minit ini diterajui oleh tiga orang hos popular, Syarifah Shahirah, Raja Azura dan Zizan Raja Lawak, selain ia diserikan oleh beberapa persembahan menarik oleh beberapa artis antaranya Yuna, Siti Nurhaliza, Ella dan Ning Baizura.


Berikut adalah pemenang untuk setiap anugerah yang dicalonkan.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Hjh Rosnani Jamil

Artis Paling Popular - Shaheizy Sam

Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular -Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular -Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular -Zizan

Artis Komedi Wanita Popular - NoorKhiriah

Artis Bari Lelaki Popular - Shahir

Artis Baru Wanita Popular - Ana Rafalli

Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

Artis Berkumpulan / Duo Popular - 6ixth Sense

Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular -Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

Pelakon Wanita Filem Popular - Lisa Surihani

Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: