Monday, April 4, 2011

Oncy Ungu dah sedia kahwin

Hujung bulan lalu, penyanyi utama kumpulan Ungu, Pasha sudah menamatkan zaman dudanya. Seorang lagi personel kumpulan yang jadi kegilaan remaja itu, Oncy akan mengikut jejaknya tak lama lagi.

Oncy dan tunangnya, Endhita sudah sedia bernikah dan kini sedang mempersiapkan mental dan fizikal ke arah itu. Tarikhnya belum ada, tapi Oncy membayangkan dia akan menamatkan zaman solo tahun ini juga.

Mesra pada majlis resepsi pernikahan Pasha.

Semasa majlis resepsi pernikahan Pasha di Bandung baru-baru ini Endhita setia menemani Oncy. Dia kelihatan cool sahaja apabila Oncy diserbu peminat yang mahu bergambar bersama-sama semasa dalam majlis itu.

Difahamkan Oncy mahu menikah sebelum Ramadan nanti. Dia mahu menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna apabila ada isteri bersama-samanya.

Makin teruja selepas lihat Pasha kahwin lagi.

"Tahun ini harus tutup buku, sudah deadline ni. Akan dirancang dalam masa terdekat. Saya ni mahunya sebelum bulan puasa nanti.

"Kalau tak sempat selepas puasa pun okey, yang penting saya tak mahuter buru-buru" katanya kepada media Indonesia.

Secara mental, Oncy dan Endhita masing-masing sudah sedia menikah. Mereka menunggu kelapangan masa kerana dia sibuk dengan Ungu manakala Endhita pula aktif berlakon. Oncy dan Endhita bertunang pada November tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: