Pusat Operasi Teknologi (TOC) DiGi Telecommunications Sdn Bhd menerima Pensijilan ‘Provisional Gold’ daripada Green Building Index (GBI).
Ini menjadikan pusat data DiGi yang pertama di Malaysia menerima piawaian itu.
GBI adalah alat penarafan hijau Malaysia yang diiktiraf oleh industri bagi bangunan untuk menggalakkan kelestarian dalam persekitaran bangunan.
Dalam satu kenyataan, Ketua Hal Ehwal Korporat DiGi, Zaiton Idrus berkata, pusat-pusat data secara tradisinya menggunakan banyak tenaga.
“TOC kami direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak mungkin sejajar dengan matlamat syarikat kami untuk mengurangkan pelepasan karbon DiGi sebanyak 50 peratus.
“Pensijilan ini pastinya merupakan pengesahan kukuh bahawa kami melakukan perkara yang betul,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: