Tuesday, April 5, 2011

AirAsia, Lotus meterai janji bangunkan program

AirAsia, meneruskan kesinambungan penglibatannya dalam Formula Satu (F1) dengan memeterai perjanjian khusus bersama Pasukan Lotus bagi musim 2011 baru-baru ini.

Ketua Komersial Serantaunya, Katheleen Tan berkata, kerjasama syarikat penerbangan mewah itu menandakan tahun kedua syarikat itu memberikan sokongannya kepada pasukan Formula Satu Malaysia itu.

Menurutnya, selain menjadi penaja, AirAsia juga akan memberi komitmen terhadap usaha dalam membangunkan bakat muda melalui ‘AirAsia Team Lotus Driver Development Program.’

“Program ini adalah satu inisiatif bersama antara dua pihak bertujuan untuk mencungkil bakat muda yang berpotensi tinggi serta mempamerkan keazaman yang kuat dalam sukan pemotoran,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, sukan pemotoran adalah merupakan satu saluran yang terbukti efektif bagi sesuatu jenama untuk dikenali, dan AirAsia telah lama bertapak dalam arena ini.

“Selain daripada usaha promosi, kempen digital dan media sosial, kerjasama bersama membantu kami meneroka rangkaian pelanggan yang lebih besar di samping memasarkan jenama ini di pasaran baru dan sedia ada.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan itu merangkap Ketua Pasukan GP2 Pasukan AirAsia, Riad Asmat berkata, sejak awal penubuhan Pasukan Lotus, AirAsia telah bercadang untuk memberikan peluang kepada pelumba muda dari Benua Asia dan seluruh dunia untuk mengembangkan bakat mereka dengan menggunakan pengalaman kami.

“Dengan AirAsia sebagai rakan utama di dalam program ini pula, impian ini adalah tidak mustahil untuk dicapai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: