Hari ini Stefano Langone sudah tersingkir daripada saingan American Idol 10 setelah beberapa minggu asyik menghuni tempat ketiga terbawah. Tiada lagi kelibat peserta kacak setelah peserta jelita Pia sudah tersingkir dari awal walaupun memiliki vokal yang sering dipuji pengkritik. Bila Stefano, 22, tersingkir ada peminat peserta itu di Malaysia yang sudah tak mahu lagi menontonnya. Bila tiada Stefano, tiada lagi keseronokan menonton program realiti nyanyian itu. Agaknya wajah tampan Stefano menjadi tarikan peminat. Persembahan Stefano semakin menarik, apatah lagi pada minggu ini dia muncul dengan gaya seorang yang seksi dalam persembahan Top 7 yang menyaksikan peminat wanita terjerit-jerit menonton persembahannya. Apakan daya undian peminat Amerika tidak memihak kepada penyanyi yang berasal dari Kent, Washington itu."Kena ucapkan selamat tinggal kepada Amerikan Idol... tiada lagi idola dan kena tukar kepada American Idiot... tiada lagi Stefano... hu hu... benci kamu orang Amerika," demikian status seorang peminat di laman facebook miliknya hari ini. Banyak pula yang melontarkan komen terhadap posting itu. Ada yang mengatakan 'Undi untuk Salma Mentor 5 lagi baik'. Tak kurang juga yang mempersendakan posting itu dengan mengaitkannya sebagai memilih peserta lelaki yang kacak sahaja. Ada juga yang membidas penghantar komentar itu sebagai melebihkan realiti luar negara berbanding program realiti lokal, Mentor 5 misalnya yang sedang hangat diperkatakan. "Semasa Pia keluar dulu pun saya saya sudah carutkan orang Amerika ni. Kalau ada yang marah pun saya tak kisah," balasnya. Sebenarnya ramai yang menyokong kerana ramai peserta pilihan yang sudah tersingkir awal. "Sejak Pia dan Naima keluar, American Idol sudah boring," sambung seorang lagi pengomen. Hampir maut Stefano pernah terselemat daripada kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya pada 28 Mei 2009. Dia dilanggar oleh pemandu yang mabuk dengan mengalami patah pangkal paha, patah kedua-dua lengan dan kecederaan teruk lain. Badannya juga ada kesan parut dan calar daripada kemalangan itu. Setahun kemudian dia pernah mengaku bersalah kerana memandu dengan cuai. Nampaknya tak serik-serik juga Stefano ni setelah terlibat dalam kemalangan dahsyat. |
Saturday, April 23, 2011
Peminat kecewa Stefano tersingkir AI10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: