Malam tadi penyanyi remaja Justin Bieber mengadakan persembahan di Kuala Lumpur. Penuhlah Stadium Merdeka dengan 15,000 penonton yang teruja menonton persembahan penyanyi lagu Baby itu. Selain anak-anak muda ada juga ibu bapa yang terpaksa pura-pura gembira kerana menemani anak masing-masing yang tak mahu melepaskan peluang menonton show tersebut. Apatah lagi Bieber sangat popular sekarang ini. Kita dengar macam-macam hal dan kerenah penyanyi remaja itu hingga ada yang membuat tanggapan dia seorang yang besar kepala kerana disuntik populariti. Apatah lagi sekarang ini seluruh dunia mendemaninya. Bieber, 17, marah dengan pihak media Malaysia yang menunggu ketibaannya di KLIA dan merakam gambarnya bersama teman wanita Salena Gomez yang turut ikut rombongannya. Akibatnya dia mahu mendukacitakan media. Bieber itu buat hal tidak mahu muncul selagi melihat ada jurugambar di hadapan pentas. Boleh macam itu? Inilah sebenarnya gaya penyanyi luar negara yang selalu orang kita agung-agungkan. Walaupun sering diperlekehkan, tetap tak reti-reti nak serik. Sementelah penganjur juga sanggup ambil risiko kerana memikirkan jualan tiket yang menguntungkan. Peminat yang sejak pukul 5.00 petang lagi berbaris mahu masuk yang mula marah-marah dan menjerit memanggil nama penyanyi itu untuk segera tampil di atas pentas bila dah dekat jam 9.00 malam shownya belum bermula. Mereka pastilah panas, kerana menunggu sejak awal, tapi pintu hanya dibuka pada waktu yang ditetapkan. Mereka juga perlu berhujan dalam barisan. Bayar tiket bukannya murah. Bagi Kita, satu saja ayat yang nak Kita cakap. Padan muka pemuja Justin Bieber ni. Mereka puja sangat sampai sanggup berhujan dan berpanas. Kalau artis terbaik Malaysia buat persembahan mereka tak layan sangat. Tak ada kelas kata mereka. Persembahan Bieber bukanlah hebat mana pun. Alaa... show budak baru naik yang tiba-tiba popular. Apalah sangat yang nak dijangkakan. Hanya menyanyi, menyanyi dan menyanyi sajalah. Vokalnya pun bukanlah hebat sangat sekadar boleh menyanyi saja. Budak tu baru ada sebuah album dan memiliki beberapa buah lagu popular. Lagu-lagu itu sahajalah yang dipersembahkannya. Kiranya tak rugilah bagi yang tidak ambil kesempatan menontonnya. Penyanyi berasal dari Kanada itu mengadakan tour dalam masa filem berkonsep bio lakonannya, Never Say Never ditayangkan. Agaknya dia turut mahu mempromosikan filem tersebut dalam masa yang sama. |
Saturday, April 23, 2011
Padan muka pemuja Justin Bieber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semua org bleh menyanyi . tp semua org boleh ada aura mcm dia? pk2 la
ReplyDeleteko dgr je....x yah bisim2 nk aura ke aper ke..x pntg pun...minum bio-aura syok gak..haha
ReplyDeletehehehe... aku ckit pun X terkejut...
ReplyDeleteaku klo jumpe si bieber tu aku nk kencing atas dia n pijak2!!...hampeh punya genre...baik aku layan p.ramlee lg bagos la!!...
ReplyDeleteAku x minat mana2 artis barat pong, peduli apa aku diorang nak menari menyanyi sampai mampus pun. Kalau dah minat tu tahan2 sajalah kena bersusah berhujan sikit. Yang reporter Msia sibuk nak ambil pic dia buat apa? Bukannya media sini penting sgt utk promote justine bieber. Media Hiburan Msia macam taik, x ada kualiti dan low class
ReplyDeletesiapa si Bieber tu? Penyanyi lelaki ke? Aku ingat kan pompuan.. ha ha ha..
ReplyDeleteala korang semua ni pun hipokrit kat diri sendiri.
ReplyDelete