Saturday, April 23, 2011

Azma & Nani Nafi Bercinta

Di gosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon popular, Sharifah Amani, Azma Aizal menafikan sekerasnya tentang perkara ini.

Dia yang selama ini menganggap Sharifah Amani atau Nani sebagai adiknya tidak sedikit pun terfikir gosip sebegini akan timbul lebih-lebih lagi sudah lama dia dan Nani berkawan baik.

Apa yang tertulis didalam laman sosial miliknya dan Nani yang seakan-akan melambang mereka sedang hangat bercinta, bukanlah sesuatu yang baru.

Azma menyayangi Nani seperti adiknya sendiri

Semenjak berkawan baik, mereka sering mengeluarkan kata-kata mesra, kerana lambang kasih sayang mereka sebagai sahabat.

"Saya dah anggap Nani macam adik beradik saya sendiri, jadi tolong jangan salah anggap hubungan kami ini.

"Nani dan keluarganya banyak membantu saya, malah ketika saya sakit dahulu pun saya selalu lepak dirumahnya.

"Saya dah anggap dia seperti soulmate, walaupun kami tiada sebarang hubungan darah, tapi Nani dan keluarganya banyak membantu saya,"jelas Azma.

Sedih

Sejak berita cintanya ini tersebar, jelas Azma dia turut berasa sedih apabila membaca beberapa komen di forum yang mengatakan dirinya tidak layak untuk bercinta dengan Sharifah Amani.

"Saya tidak berkecil hati, tetapi rasa sedikit sedih bila ramai yang mengecam bila saya dikaitkan bercinta dengan Nani.

"Masih ramai yang memperbandingkan paras rupa, walaupun benar, kami tidak bercinta tetapi janganlah sampai menghina,"luahnya lagi.

Tak Mahu Jaja Peribadi

Berlainan dengan Sharifah Amani, wanita ini enggan bercerita tentang peribadi. Walaupun gosip ini sudah pun tersebar luas, dia tetap enggan bercerita tentang perkara ini.

"Saya tak suka peminat tengok saya kerana kisah-kisah gosip, dan saya tak mahu kisah peribadi menghancurkan kerjaya saya sebagai pelakon.

"Saya ikhlas berada dalam industri ini, jadi saya tak mahu apa yang saya cuba capai selama ini hancur kerana kisah-kisah gosip sebegini,"luah Amani.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: