Saturday, April 23, 2011

PATI pelbagai negara ditahan


SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan dalam Ops Rantau di sebuah kawasan rumah kedai di Puchong malam kelmarin.


PUCHONG – Sebuah kawasan rumah kedai di Jalan Bandar 10, Pusat Bandar Puchong di sini menjadi sarang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara.

Ia terbukti hasil Ops Rantau malam kelmarin apabila seramai 127 warga asing yang diperiksa didapati berasal dari Bangladesh, Nepal, Indonesia, Myanmar dan India.

Pelbagai gelagat dapat dilihat semasa operasi yang diadakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR) itu.

Ada antara mereka yang bersembunyi di atas siling, memanjat bumbung malah hanya berkain pelikat ketika serbuan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, seramai 44 PATI ditahan kerana beberapa kesalahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 12.30 tengah malam itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: