Saturday, April 23, 2011

300 sekolah kluster menjelang 2015


ABD. GHAFAR (tiga dari kiri) beramah mesra bersama sebahagian penerima sijil pengiktirafan sekolah kluster kecemerlangan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kementerian Pelajaran optimis mampu menambah bilangan sekolah kluster kecemerlangan (SKK) menjadi 300 buah menjelang 2015 berlandaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di negara ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pada masa kini jumlah SKK yang sedia ada sebanyak 124 buah meliputi sekolah di bandar dan luar bandar.

"Dengan pengiktirafan ini, sekolah-sekolah luar bandar terutamanya tidak akan terpinggir daripada menerima faedah pembangunan pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Pengiktirafan SKK Fasa 4 2011 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: