Saturday, April 23, 2011

Hanya untuk kumpulan sasar


LIAN HOE (tiga dari kiri) melihat barangan yang diberi diskaun selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga di Pasar Raya UO di Plaza Kota Raya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Kerajaan bakal melaksanakan penstrukturan subsidi barangan kawalan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barangan di peringkat global.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, kajian berhubung penstrukturan subsidi tersebut kini dijalankan oleh Makmal Rasionalisasi di bawah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu).

"Melalui penstrukturan baru, subsidi yang selama ini dinikmati oleh kebanyakan rakyat hanya akan diberikan kepada kumpulan sasar.

"Jadi rakyat perlu berdepan dengan penstrukturan subsidi barangan kawalan, penstrukturan ini berlaku kerana kerajaan tidak mampu menampung buat selama-lamanya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: