Musnah...Letusan itu telah menyebabkan keadaan di Merapi seperti padang jarak padang tekukur. PERJALANAN selama sembilan jam dari Kota Bandung ke Yogjakarta, Indonesia amat memenatkan ditambah pula dengan menaiki kereta api yang menjadi pengangkutan pilihan masyarakat tempatan di sana.
Pemandangan indah sepanjang perjalanan bagaimanapun memberi ketenangan kepada penulis dan beberapa rakan lain yang mengagumi kebesaran ciptaan tuhan.
Kenang-kenangan di kawasan malapetaka Gunung Merapi.Pun begitu, perasaan penat melalui perjalanan yang panjang segera lenyap apabila hati menjadi sayu apabila melihat keadaan di Merapi yang dilanda bencana letusan gunung berapi pada Oktober tahun lalu.
Gunung berapi paling aktif di gugusan kepulauan itu meletus dan telah mengakibatkan kawasan itu musnah dan mengorbankan ratusan nyawa.
Kawasan kampung berdekatan yang terselamat daripada letusan Gunung Merapi. Letusan itu turut menjejaskan lebih 60,000 penduduk termasuk 13,000 di kepulauan Mentawai dan kira-kira 50,000 lagi di Jawa Tengah di mana zon larangan dalam radius 10 kilometer sekitar gunung berapi diwartakan ketika kejadian.
Walaupun letusan itu telah lama berlaku, ia tetap meninggalkan kesan di mana kawasan terbabit masih diselaputi abu yang dimuntahkan oleh gunung berapi itu.
Pokok dan tumbuhan turut mati akibat letusan yang panas. Kehadiran penulis di sana sebagai sukarelawan persendirian dari Malaysia bersama beberapa lagi rakan diterima dengan sambutan mesra daripada warga Yogjakarta selepas hati terdetik untuk datang melihat sendiri keadaan kawasan bencana.
Dalam keseronokan pelancong dari luar menikmati permandangan dan hasil tinggalan sejarah kerajaan Majapahit yang amat berharga di Bandar Malioboro, Candi Prambananan serta Candi Borobudur, hati penulis terusik dengan keadaan Merapi yang masih memerlukan banyak bantuan bagi mengembalikan pembangunan.
Penduduk tempatan menaiki trak untuk bergerak menjalankan aktiviti harian.Menyusuri kawasan Gunung Merapi yang meragut banyak nyawa dan memusnahkan pelbagai harta benda membuatkan timbul rasa insaf dalam diri penulis.
Penulis berasa tersangat bertuah apabila dilahirkan dalam negara yang aman dan bebas daripada bencana dengan kedudukannya yang strategik dan bebas dari zon lingkaran api pasifik.
Bandar Jogjakarta yang menjadi tumpuan pelancong.Gabungan pelajar Malaysia, Indonesia bantu mangsa Merapi
Apa yang menarik mengenai program ini adalah, ia merupakan nukilan Persatuan Mahasiswa Indonesia Se-Malaysia yang mana ahlinya adalah rakyat Indonesia yang belajar dan menetap di Malaysia.
Debu tebal yang masih terdapat di kawasan letusan gunung berapi.Sebagai masyarakat nusantara, penulis dan beberapa rakan kuliah dari Universiti Malaya (UM) terpanggil untuk memberikan khidmat masyarakat di sana setelah dipelawa sendiri oleh ahli persatuan itu.
Misi kemanusiaan ini bertambah manis apabila kenalan daripada Bandung dan Jakarta turut memberikan dorongan dan bantuan dalam ekspedisi membantu masyarakat di sana memulihkan ekonomi dan keperluan mereka.
Penulis (tengah) bersama dua sukarelawan yang turut bersama-sama dalam misi bantuan di Merapi.Sebelum ke tempat kejadian, rombongan sempat bermalam di Kota Malioboro yang turut pesat membangun dalam daerah Jogjakarta selain menjadi tumpuan pelancong asing.
Semua peserta rombongan yang berjumlah 10 orang bersungguh-sungguh dalam memberikan bantuan kepada masyarakat tempatan di situ seperti pakaian, makanan, dan wang tunai.
Aktiviti di pekan berdekatan berjalan seperti biasa.Mungkin pemberian itu adalah tidak seberapa, tetapi melihat reaksi mangsa yang terselamat begitu menghargai bantuan yang dihulurkan nyata memberi kepuasan kepada penulis dan rombongan.
Bagaimanapun, rasa syukur tetap timbul dalam diri penulis apabila melihat sendiri kepayahan penduduk di sini membangunkan kembali ‘kota’ mereka yang lenyap dalam sekelip mata.
Ketabahan penduduk di sini terlihat dengan senyuman yang terukir pada wajah walaupun pada hakikatnya mereka baru sahaja menghadapi musibah yang belum tentu lagi dapat dihadapi oleh penulis jika berada di tempat mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: