Saturday, April 2, 2011

Norhafizah Pemenang Menang Teka Lagu RM35, 700

Norhafizah Azni

KUALA LUMPUR: Pendengar betuah Suria FM, Norhafizah Azni, 21, dipilih sebagai pemenang peraduan Pecah Tabung "Itu Aje" yang membawa pulang hadiah bernilai RM 35,700.

Menurut Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar atau Subi, peraduan yang diperkenalkan pada Ogos 2009 bermula dari nilai RM50 sahaja sehingga ia dimenangi oleh Nurhafizah pada 30 Mac lalu.

"Kami memulakan peraduan ini sudah hampir dua tahun, sehinggakan nilai meningkat dengan angka yang tinggi iaitu RM35,700.

"Oleh kerana terlalu lama dan masih tiada siapa yang berjaya memberi jawapan dengan betul, Suria FM bermurah hati mengadakan kempen pecah tabung dua minggu lalu dengan memberikan sebayak mana klu bagi mencari pemenang," katanya pada sidang media penyampaiaan hadian "Itu Aje", di sini, Jumaat.

Peraduan yang berlangsung pada segmen Breakfast@Suria setiap pagi bersama Halim Othman, Zizi dan Shira memerlukan pendengar menjawab tajuk lagu melalui bunyi yang dimainkan dalam beberapa saat.

Penyampai Suria FM bersama pemenang "Itu Aje' Norhafizah Azni.

Sementara itu, Nurhafizah memberitahu akan memanfaatkan wang kemenangannya itu sebagai pembiayaan pelajarannya dan menunaikan umrah dalam masa terdekat.

"Selama dua minggu ini saya mengumpul beberapa maklumat daripada klu yang diberikan dan mencuba nasib. Saya tidak sangka jawapan tersebut betul.

"Dengan duit ini saya berhasrat untuk menunaikan umrah dan selebihnya sebagai simpanan untuk pengajian saya," katanya.

Penantian hampir dua tahun bagi bunyi lagu Zuriat Cinta nyanyian Azmeer yang diperdengarkan akhirnya dimenangi pada tahun ini selepas dua tahun wang berkenaan terkumpul.

Dengan kemenangan itu, Suria FM memperkenalkan bunyi lagu baru untuk membolehkan pendengar membuat tekaan serupa dengan wang permulaan RM300.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment