Saturday, April 2, 2011

Fazli Zainal Pertama Kali Raikan Setiausaha

Fazli Zainal

PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 20 dan 21 April depan di Restoran Kababish, StarPoints Hotel, Jalan Masjid India, dekat sini.

Menurut Fazli, persembahan tersebut merupakan yang pertama untuk dirinya menghiburkan para setiausaha.

"Selama ini, saya selalu membuat persembahan pembukaan sahaja bagi beberapa selebriti antaranya Anuar Zain dan Dafi setiap kali adanya Minggu Setiausaha.

"Justeru itu, apabila mendapat peluang mengendalikan majlis sendiri, ia satu penghargaan dan pengalaman besar buat saya.

"Insya-Allah, saya akan memberikan persembahan yang terbaik dan memberi kepuasan kepada tetamu yang hadir.

"Lagipun saya percaya, tetamu yang akan hadir bukan sahaja terdiri daripada setiausaha dan majikan, bahkan juga peminat bagi memeriahkan lagi majlis itu," katanya.

Tambah Fazli pada majlis tersebut, terdapat beberapa aktiviti lain seperti persembahan fesyen daripada finalis Maskulin serta cabutan bertuah.

"Walaupun majlis ini agak sederhana, tidak seperti minggu setiausaha yang dianjurkan di hotel-hotel besar, persembahan yang saya berikan serta aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan pasti akan menghiburkan tetamu.

"Lagipun harganya tidak mahal, dengan RM45 seorang, tetamu dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh tukang masak profesional daripada Pakistan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: