
"Kami berkumpul di sini untuk menyatakan pada semua rakyat Jepun bahawa kami turut sama merasai kesengsaraan yang dihadapi oleh mereka," menurut Chan yang juga pengasas konsert amal itu.
Beliau turut melahirkan rasa jutaan terima kasih kepada seluruh penduduk Hong Kong yang bermurah hati untuk menghulurkan derma sepanjang konsert itu berlangsung.
Chan bersama 170 rakan selebriti memakai baju T berwarna putih tertera ':Hope for Japan (Harapan untuk Jepun)' semasa menjayakan persembahan selama tiga jam yang turut memaparkan selingan rakaman video gempa dan tsunami yang dahsyat itu.
Seramai lebih 10,000 orang menghadiri konsert itu untuk menyatakan sokongan moral sambil menderma kepada mangsa gempa di Jepun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: