Sunday, April 3, 2011

Jojo obses gaya hidup sihat


Jojo Struys


PADA usia 35 tahun, Jojo Struys yang memiliki wajah anak-anakan masih lincah dan cergas. Mengakui dirinya obses dengan gaya hidup sihat, dia sering penuhi masa dengan pelbagai aktiviti kecergasan, senaman dan spiritual.

Bagi wanita jelita kelahiran Singapura ini, kekal sihat dan cerdas merupakan keutamaannya.

Lulusan Universiti Curtin Perth, Australia ini juga menambah, kecantikan datang daripada tubuh yang sihat dan cergas.

Bagi mengekalkan kesihatan diri, Jojo bermain tenis, senaman yoga dan berjalan merentas bukit atau hutan.

“Saya suka menari dan merentas hutan. Bersatu bersama alam juga mampu menenangkan minda dan badan sebenarnya.

‘‘Saya gemar hiasan dalaman dan lilin. Bagi saya, lilin mewujudkan satu persekitaran yang tenang, khususnya apabila kita pulang ke rumah selepas menjalani hari yang sibuk.

‘‘Membakar lilin dengan aroma khusus mewujudkan bau persekitaran yang mampu menenangkan mood saya,” ujarnya yang kini merupakan penerbit dan pengacara Astro Hitz Yuna Inspired Powered by DiGi.

Program yang mendapat tajaan dan sokongan DiGi, Canon dan Malaysia Airlines menampilkan kerjasama Yuna dengan peminatnya dari Kuala Lumpur ke London dan New York sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur.

“Sebelum ini saya hanya mengacara tetapi menerusi syarikat sendiri, saya akhirnya dapat menerbitkan rancangan TV saya sendiri,” katanya mahu lebih dikenali kerana kemampuannya bekerja, bukan atas rupa semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: