Saturday, April 2, 2011

DJ Lin gila karaoke


DJ Lin bersama peminat-peminatnya yang setia.


Lin memberitahu, dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di pusat karaoke terutamanya di Red Box, Sogo, Kuala Lumpur.

Lin berkata, dia ke pusat tersebut sendirian tanpa teman asalkan dapat meredakan segala ketegangan bekerja.

"Menyanyi memberi saya kepuasan. Lagu-lagu pilihan saya pula terdiri daripada lagu-lagu sewaktu saya membesar sehinggalah ke zaman persekolahan.

"Lagu jiwang seperti Keluhan Perantau dendangan Jamal Abdillah, Hari-Hari Aku Rindu (Kumpulan Scorr), Rindu Di Puncak Mahligai (Lestari) dan Kenangan Terindah (Samsons) inilah yang menghiburkan hati saya," kata pemenang kategori DJ Radio Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Restoran Carlos Food Heaven, Kenangan International Building, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Lin lagi, bagi dirinya, karaoke dapat melampiaskan otak selain daripada menghilangkan segala masalah.

"Ada ketikanya, saya akan lepak dengan para peminat dari kelab peminat saya iaitu Fan DJ Lin Cinta Mania.

"Mereka ini sanggup datang dari Negeri Sembilan dan Perak. Peminat- peminat saya pula saya anggap seperti keluarga.

"Ada juga peminat dari Klang, Selangor yang akan menemani saya berkaraoke," katanya.

Selepas tamat segmen Suria Cinta yang ke udara setiap hari Ahad hingga Jumaat (11 malam-2 pagi) Lin, ibu tunggal kepada dua orang anak, Nureen Areesya, 10, dan Nazreen Asyran, 8, berjalan-jalan di KLCC atau Pavillion.

Dengan cara itu, Lin yang hidup sebagai ibu tunggal sejak lima tahun berkata, dia dapat menghabiskan masa dengan anak-anaknya sambil melayan kerenah mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: