|
|
KEBANYAKAN wanita mementingkan kesempurnaan dalam penampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Justeru bukan sesuatu yang di luar kebiasaan apabila mereka memiliki sehingga puluhan pasang kasut untuk dipadankan dengan gaya seharian.
Terkini, mereka mungkin mahu menjengah butik NYC yang tampil dengan koleksi sempena musim bunga dan panas. Ia sesuai digayakan ke acara kasual, pejabat serta majlis makan malam.
NYC sememangnya dikenali sebagai jenama kasut pilihan. Setiap produk keluarannya menampilkan keselesaan, rekaan dan gaya yang memenuhi cita rasa wanita.
Dengan rekaan sofistikated dan menarik, ia membuatkan langkah pemakai nampak elegan.
Penggunaan kulit pada rekaan kasut itu menjadikan koleksi tapak ratanya lebih menonjol dan kelihatan eksklusif.
Kasut tapak rata itu dikeluarkan dalam warna kelabu dan hitam bagi memudahkan pembeli memadankannya dengan pakaian.
Bagi mereka yang memerlukan kasut rata atau tumit tinggi untuk acara dalam tempoh lama, NYC membariskan koleksi kasut ditambah pad dalam lebih selesa.
Tapak dalam dan luarannya pula dijahit lebih kemas bagi memberi kekukuhan ekstra untuk kasut berkenaan.
Bagi individu yang tinggi tetapi ingin mengenakan kasut tinggi, NYC memperkenalkan koleksi kasut tingginya berwarna hitam dan putih. Ia lebih tinggi sedikit daripada tapak rata supaya tidak terlalu menonjolkan ketinggian pemakainya.
Selain itu, koleksi kasut tinggi untuk wanita yang gemarkan rekaan klasik didatangkan dalam warna kuning air, coklat dan hitam suede.
Koleksi itu boleh dibeli melalui semua butik utama NYC pada tawaran harga menarik antara RM49.90 hingga RM109.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: