Sunday, April 10, 2011

Bengkel cantik di Pulau Pinang


Ketua Pegawai Eksekutif
Forest's Secret, Intan Hyriatee Mohd Zawai.


ANDA rasa anda cantik dan mempunyai perwatakan yang menarik dalam persalinan kebaya?

Apa kata anda bawa keyakinan yang ada untuk melangkah satu tapak ke hadapan dengan menyertai pencarian Ratu Kebaya Pancaindera Mak Dara 2011 anjuran Mingguan Malaysia bersama pengeluar produk Jamu Mak Dara.

Pencarian kali ini akan bergerak ke lokasi kedua selepas Shah Alam iaitu di Hotel Hard Rock, Pulau Pinang pada 30 April ini.

Program yang turut mendapat kerjasama pengeluar produk Jamu Mak Dara ini bukan sekadar memberi fokus kepada pertandingan.

Tetapi turut menyediakan peserta dengan khidmat perunding motivasi kecantikan yang berpengalaman menerusi Bengkel Cantik Sihat Pancaindera pada hari yang sama.

Bengkel akan dimanfaatkan dengan pengisian sesi motivasi kecantikan oleh pengasas Jamu Mak Dara sendiri, Halimah Shuib yang akan berkongsi pelbagai petua kebahagiaan rumah tangga secara tradisional bersama peserta.

Selain itu, peserta juga berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada Halimah mengenai kaedah senaman yang betul khusus buat golongan wanita yang prihatin dengan penjagaan bentuk tubuh.

Manfaat bengkel ini bukan sekadar teralih pada hal-hal rumah tangga, tetapi turut memberi ruang buat peserta untuk mempelajari petua-petua kecantikan yang akan diperturunkan oleh Halimah.

Selain itu, peserta juga akan dilengkapkan dengan petua-petua kecantikan daripada jururunding jemputan produk kecantikan terkenal, Forest’s Secret.

Antara pengisian di dalam slot bersama Forest’s Secret ialah petua solekan ke pejabat dan majlis makan malam menggunakan produk berasaskan bahan semulajadi itu yang akan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif jenama berkenaan, Intan Hyriatee Mohd Zawai.

Bukan itu sahaja, peserta juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah misteri daripada penaja sepanjang bengkal selama lima jam itu berlangsung.

Usai bengkel diadakan, pencarian Ratu Kebaya akan menyusul bagi peserta yang berminat.

Pencarian dibuka kepada dua kategori iaitu kategori A bagi wanita yang mempunyai berat badan di bawah 59 kilogram dan kategori B bagi wanita yang memiliki berat badan 60 kilogram ke atas.

Untuk melayakkan anda menyertai bengkel kecantikan ini, peserta dimestikan mendaftar sebanyak RM80 dimana setiap penyertaan akan diberikan sebotol produk jamu Mak Dara, cenderahati iringan termasuk makan dan minum sepanjang bengkel diadakan.

Johan pertandingan Ratu Kebaya peringkat saringan kedua ini akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM500 dan hamper bernilai RM100, selain cenderahati eksklusif Mingguan Malaysia.

Naib johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 dan hamper.

Juara kedua-dua kategori apabila mereka secara automatik layak memasuki peringkat akhir yang akan berlangsung secara gilang gemilang di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan.

Hadiah pertandingan yang bakal menjadi rebutan peserta di peringkat akhir berupa wang tunai RM5,000, hamper serta pakej pelancongan ke Bali, Indonesia selama tiga hari dua malam, selain berpeluang menjadi model Jamu Mak Dara dan Forest’s Secret.

Untuk menyertai bengkel atau mencuba nasib dalam Ratu Kebaya 2011, hubungi 012-2518801 (Aida) atau 019-2247191 (Kelly).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: