
Pengarah PBS, Huzaidy Hussain berkata, penganjuran festival itu adalah platform terbaik untuk mencungkil bakat melalui penyertaan lebih 500 penuntut.
“UCF 2011 adalah langkah persediaan awal menghadapi Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (FEStKUM) 2011 pada Disember kelak.
“Terdapat enam acara seni dipertandingkan, tarian rampaian Melayu, tarian Cina, tarian India, boria, nyanyian lagu irama Malaysia dan nyanyian lagu antarabangsa,” katanya.
Format pertandingan UCF 2011 yang berlangsung selama enam hari itu mengikut konsep sukan iaitu memperkenalkan emas, perak dan gangsa dengan penglibatan setiap DPP.
Antara DPP terlibat, DPP Yayasan Al-Bukhari, DPP Bank Muamalat, DPP MISC, DPP Perwaja, DPP TM, DPP EON, DPP Sime Darby, DPP Petronas, DPP Maybank, DPP Tradewinds, DPP Proton, DPP TNB, DPP MAS dan DPP Bank Rakyat.
DPP SME Bank memenangi dua pingat emas dalam acara tarian Cina dan nyanyian lagu irama Malaysia (kategori wanita).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: