Friday, April 22, 2011

Ahli perniagaan diculik ketika minum di restoran


SEORANG ahli perniagaan diculik ketika minum di sebuah restoran di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kira-kira 50 pelanggan sebuah restoran terkejut apabila menyaksikan satu adegan culik membabitkan seorang ahli perniagaan di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini semalam.

Aksi cemas kira-kira tiga minit itu berakhir apabila mangsa dibawa lari empat suspek berkenaan yang memakai topeng dan bersenjatakan pistol dengan menaiki sebuah kereta.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 1.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai Lam Seng berusia 40-an sedang minum bersama rakan-rakannya sebelum didatangi tiga lelaki bertopeng bersenjatakan pistol.

Mangsa diarahkan mengikut kesemua suspek, namun mangsa pada mulanya enggan menyebabkan salah seorang suspek melepaskan satu das tembakan ke udara.

Suspek kemudiannya mengheret mangsa keluar dari restoran sebelum dibawa ke sebuah kereta yang ditunggu salah seorang lagi rakan suspek berhampiran dengan restoran itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: