![]() |
| |
PUTRAJAYA – Seramai 11 juruterbang muda akan cuba mencipta rekod penerbangan berganti-ganti dalam tempoh 24 jam sempena Hari Belia Negara (HBN) 2011 pada 15 Mei depan.
Pengerusi Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MYPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal (gambar) berkata, program ‘Penerbangan 1Malaysia’ itu melibatkan juruterbang berusia di antara 20 hingga 30 tahun dan jika berjaya, rekod julung-julung kali itu akan diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).
Menurutnya, penerbangan menggunakan pesawat ringan jenis Diamond DA42 itu dijangka berlepas pada pukul 8 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa Kelantan dan dijangka tiba di LTA Kota Kinabalu, Sabah pukul 10 malam.

“Juruterbang MYPA yang dipilih menerusi saringan khas sebelum ini akan melakukan penerbangan secara berganti-ganti dalam tempoh kurang daripada 24 jam membabitkan perjalanan sejauh lebih 2,000 kilometer (KM).
“Selain berhenti untuk mengisi minyak, penggantian juruterbang akan dilakukan di beberapa lokasi seperti Johor Bahru dan Kuching sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: