Friday, April 22, 2011

Anggota JI pernah bersembunyi di Tawau


UMAR


KUALA LUMPUR – Anggota kanan kumpulan Jemaah Islamiah (JI) Indonesia, Umar Patek yang pernah menjadi buruan beberapa negara besar termasuk Amerika Syarikat (AS) sebelum ditahan pihak berkuasa Pakistan bulan lalu pernah bersembunyi di Malaysia.

Umar, 41, yang terlibat dalam serangan bom di Bali, Indonesia pada 12 Oktober 2002 didakwa melarikan diri ke Tawau, Sabah selama seminggu pada awal 2003 sebelum menyusup ke Filipina untuk meneruskan perjuangannya.

“Ketika berada di Tawau, kita percaya Umar dilindungi oleh anggota kumpulan Darul Islam (DI).

“Dia kemudian meninggalkan Tawau dan pergi ke Pulau Jolo (Selatan Filipina),” kata satu sumber ketika ditemui di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: