KUALA KANGSAR - Seramai 13 perusuh yang dituduh menyertai perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap 13 tertuduh termasuk seorang wanita mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Mereka yang didakwa kerana merusuh itu ialah Bad Latif Mansor, 43, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 34; Mohd. Faiz Mohd. Arshad, 22; Zulhaizam Zulkifli, 25; Isha Riduan Ishak, 55; Adi Hilmee Mohd. Nasir, 40; Yusoff Jaafar, 44; Mohamed Ismail, 43; Idris Mohd. Thaib; Yusoff Jaafar; Nazir Hamid dan Suhana Abdullah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: