
KUALA LUMPUR – Semua pemenang kejohanan Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! tahun lalu tidak sabar menanti debaran penganjuran Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 dari 26 hingga 29 Mei ini.
Dengan hadiah melebihi RM200,000 ditawarkan, kesemua pasukan tersebut telah bersedia untuk menyerahkan borang penyertaan secepat mungkin.
Pemenang kategori Terbuka Lelaki tahun lalu, Gelombang B, menjangka berdepan saingan sengit daripada pasukan lain bagi mengekalkan kejuaraan tahun lalu.
Ketua pasukan, Yahaya Mohd. Noor berkata, dengan tempoh sebulan sebelum kejohanan berlangsung, pihaknya bakal melakukan persiapan rapi untuk menghadapi persaingan pasukan lawan.

“Walaupun kita sukar untuk kekalkan kejuaraan tetapi kita akan berikan tentangan habis-habisan,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Juara kategori Terbuka Lelaki Larut Malam, FX Open Asia mengesahkan bakal bertanding dalam kategori sama pada tahun ini dan berhajat untuk mengekalkan kejuaraan mereka.
Ketua pasukan itu, Hairil Azri Abu Hassan berkata, dia yakin pasukannya boleh bergelar juara sekali lagi.
“Kami akan membuat persiapan lebih rapi pada tahun ini kerana saingan pasti lebih mencabar,” katanya yang bakal menghantar tiga pasukan.
Sementara itu, pasukan Sala O Jr. yang berjaya mengungguli kategori 18 tahun turut mengesahkan bakal menghantar pasukan untuk berentap pada kejohanan kali ini.
![]() |
| |
Ketua pasukan, Norazizi Mohamed berkata, walaupun tidak menaruh harapan besar bagi mengekalkan gelaran yang disandang tetapi Sala O Jr. tetap mahu menunjukkan kehebatan dalam pertandingan kali ini.
Dalam pada itu, juara bagi kategori 12 tahun, Furson SKDN akan menyiapkan pemain-pemain terbaik bagi kejohanan itu nanti.
Ketua pasukan, Muhamad Hazizan Mat Lazim berkata, beliau akan cuba membentuk pasukan baharu dan berusaha mengekalkan kejuaraan tahun lalu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: