
REPUBLIK CZECH - PRAGUE. Pihak Zoo Prague mendakwa pihaknya memiliki seekor salamander yang terpanjang di dunia.
Dalam satu kenyataan semalam, pihak zoo itu berkata, Karlo (nama kepada salamander itu) diterima oleh pihak mereka 19 bulan yang lalu dari sebuah zoo di Karlsruhe, Jerman.
"Mengikut ukuran yang terkini dilakukan Jumaat lalu, Karlo miliki 1.58 meter (5 kaki, 2 dan 16/3 inci) panjang.
"Manakala umur Karlo dianggarkan berusia dalam lingkungan 37-38 tahun dan berat badan adalah 35 kilogram ( 77 paun)," petik kenyataan zoo sepertimana yang dilaporkan oleh Daily.Uk.Com.
Zoo itu berkata menerusi tinjauan mereka di seluruh dunia, sah bahawa pihak mereka miliki salamander terpanjang di dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: