
Salman Khan
MAHKAMAH Tinggi Mumbai hari ini membatalkan sabitan terhadap pelakon Bollywood Salman Khan dalam kes langgar lari pada tahun 2002.
Memetik laporan The India Express, pihak pendakwaan telah gagal untuk membawa bahan rekod untuk membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa Salman sedang memandu kereta dalam kejadian itu.
Mahkamah juga berkata, pihak pendakwaan gagal untuk meyakinkan mahkamah bahawa pelakon itu berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen memutuskan pelakon berusia 49 tahun itu bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Salman dan denda 25,000 rupee (kira-kira RM1,500).
Salman disabitkan kesalahan melanggar kedai roti di tepi jalan semasa memandu kenderaan Toyota Land Cruiser pada 28 September 2002, menyebabkan kematian seorang dan mencederakan empat orang gelandangan yang sedang tidur di kaki lima jalan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: