Wednesday, December 2, 2015

Ranbir cemburui kekasih?



Ranbir Kapoor
Ranbir Kapoor dan Deepika Padukone.
SEBAGAI pasangan kekasih, rasa cemburu dalam sesuatu perhubungan itu adalah normal.
Namun bagi pelakon terkenal Bollywood, Ranbir Kapoor, dia mengakui mencemburui kekasihnya, Deepika Padukone dalam soal kerja.
Bukan kerana melihat Deepika sering bergandingan dengan aktor lain, tetapi perkembangan karier kekasihnya itu yang mengagumkan.
Menurut Ranbir, kegigihan Deepika dilihat seakan berbaloi apabila aktres itu kini semakin diterima baik oleh industri.
“Sejak awal kemunculannya, saya pernah berlakon bersamanya, dan saya lihat perubahan positif dalam karier dan kebolehan lakonannya.
“Adakalanya saya sendiri rasa tergugat melihat prestasinya, takut-takut dia mengalahkan saya nanti,” katanya dalam laporan Indian Express.
Dalam perkembangan terbaru, pasangan ini bakal muncul dalam filem Tamasha yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: