Thursday, December 17, 2015

Pesawat tergelincir, lapan penumpang cedera



Pesawat tergelincir, lapan penumpang cedera
Keadaan pesawat Boeng 747 yang tergelincir dari landasan di Nashville International Airport, Amerika Syarikat hari ini.
NASHVILLE - AMERIKA SYARIKAT. Lapan penumpang cedera selepas sebuah pesawat Boeing 737 yang membawa 138 penumpang tergelincir dari landasan semasa mendarat, hari ini.
Menurut Dailystar, pesawat penerbangan Southwest Flight 31 tersebut sedang menuju ke pintu T4 di Nashville International Airport pada jam 5.20 petang waktu tempatan.
Jurucakap bomba, Brian Haas mengatakan tiga buah ambulans digunakan untuk menghantar penumpang yang cedera ke TriStar Summit Medical Center.
Menurut seorang penumpang, pesawat berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah sehinggalah satu 'bunyi kuat' kedengaran.
"Kakitangan penerbangan bertindak pantas, mereka menyuruh kami (penumpang) supaya berlindung dan pintu kecemasan terbuka tidak lama kemudian," kata Joe Caverlee.
Sementara itu, beberapa penumpang lain dilaporkan masih trauma akibat kejadian tersebut.
Pihak penerbangan Southwest Flight kini menyiasat punca kejadian berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: