Wednesday, December 16, 2015

Pendapatan Big Bang RM529 Juta Sepanjang 2015




Pendapatan kumpulan Big Bang sepanjang 2015 berjumlah RM529 juta.
BIG Bang membuktikan mereka kumpulan k-pop terunggul apabila meraih pendapatan sebanyak AS$126 juta (RM526 juta) sepanjang 2015.

Allkpop melaporkan sebahagian daripada jumlah tersebut datang daripada penjualan lima album single mereka iaitu M, A, D dan E iaitu sebanyak AS$5.2 juta (RM21 juta) yang dilancarkan sepanjang tahun ini.

Manakala mereka juga turut mendapat pulangan lumayan menerusi penjualan menerusi digital iaitu AS$4.4 juta (RM18 juta).

Bagaimanapun keuntungan mereka paling banyak diperoleh daripada konsert jelajah dunia sepanjang 2015 iaitu berjumlah AS$118 juta (RM495 juta).
Perkara itu didedahkan dalam program Myeong Dan Gong Gae baru-baru ini.

Big Bang dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: