PETALING JAYA: Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu-lagu ketuhanan iaitu Opick berharap impiannya untuk berduet dengan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menjadi kenyataan satu hari nanti.
Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, 41, berkata, hasrat tersebut telah diutarakan kepada anak tiri penyanyi itu Asyraf Khalid.
"Kalau ditanya siapa artis yang saya ingin sekali berduet, jawabnya tentulah Siti Nurhaliza, saya harap sangat suatu hari impian untuk menyanyi dengannya menjadi kenyataan.
"Saya ada bercakap dengan anak tirinya untuk undang dia pada konsert kali ini, namun katanya, Siti Nurhaliza sedang hamil sekarang," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Opick berkata demikian ketika diminta mengulas tentang konsert Malam Khalimah Cinta sempena Maulidur Rasul di Istana Budaya pada 23 Disember depan.
Manakala penyanyi Hafiz Hamidun menjayakan acara yang sama pada 24 dan 25 Disember depan.
Tambah Opick, setakat ini pihak penganjur iaitu Mask Team dan Indigital masih belum memutuskan artis wanita yang bakal menjadi penyanyi undangan malam tersebut.
"Mereka akan umumkan perkara tersebut dalam masa terdekat," ujarnya.
Opick berkata, pada konsert tersebut dia bakal menjanjikan kelainan dan persembahan dalam bentuk penceritaan.
Katanya, lebih istimewa, dia bakal membawa kumpulan muzik sendiri dari Indonesia.
"Saya sangat teruja kerana penganjur memberi kebebasan kepada saya untuk mencorak persembahan. Saya juga akan membawa kumpulan muzik saya sendiri dari Indonesia.
"Pastinya perasaan lebih berbeza apabila bermain dengan kumpulan sendiri. Saya juga boleh berlatih di Indonesia sahaja," ujarnya.
Opick menambah, dia bakal membawakan kira-kira 25 buah lagu popular daripada 13 buah albumnya ketuhanan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: