
Foto yang viral di laman sosial di China.
BEBERAPA foto yang menunjukkan seorang pramugari menyuap makan kepada seorang warga emas kurang upaya menyentuh hati netizen di China selepas foto tersebut mula viral.
Pramugari Hainan Airlines, Fan Xuesong melutut menyuapkan makanan kepada Niu, 71 tahun dan turut mengelap air mata lelaki itu yang tersentuh dengan tindakannya.
Niu, bekas pensyarah perubatan menghidap penyakit strok yang menyebabkannya lumpuh separuh badan.
Dia terpaksa menggunakan kerusi roda serta tidak berupaya untuk memegang sudu, lapor The People Daily Online.
Menurut Xuesong, warga emas berkenaan dipindahkan duduk di bahagian tempat duduk hadapan pesawat untuk memberi ruang yang lebih luas dan selesa dan bagi memudahkannya untuk ke tandas sementara isterinya yang turut berada di dalam penerbangan sama kekal di tempat duduk asalnya.
Tambah Xuesong, dia hanya mahu memastikan penumpangnya selesa dan mendapat penjagaan penuh.
"Apabila saya menyuapkan makanan kepadanya, dia tiba-tiba sebak dan menangis," kata Xuesong.
Foto tersebut dimuatnaik di laman sosial Weibo oleh seorang penumpang pada 8 Disember lalu ketika dalam penerbangan dari Zhengzhou ke Haikou, China dan dikongsi oleh ribuan netizen.
Sementara itu, warga emas itu memberitahu wartawan, dia tidak dapat menahan sedih ketika pramugari berkenaan menyuapkan makan kepadanya dan kemudian turut mengelap air matanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: