Friday, December 11, 2015

Muhammad Ali bidas Donald Trumph



Muhammad Ali bidas Donald Trumph


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Legenda tinju dunia Muhammad Ali membidas kenyataan calon presiden Amerika Syarikat dari Parti Republikan, Donald Trumph yang menggesa halangan kepada orang Islam memasuki Amerika Syarikat.

Ali turut menyeru kepada orang Islam untuk berdiri menyuarakan tentangan kepada mereka yang menggunakan Islam untuk memajukan agenda peribadi mereka sendiri.

Ali yang merupakan antara Muslim yang terkenal di dunia berkata, Muslim yang sebenar tahu bahawa keganasan kejam yang dikatakan sebagai Jihad adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

"Saya percaya pemimpin politik seharusnya menggunakan kedudukannya untuk membawa pemahaman tentang agama Islam dan menjelaskan bahawa pembunuhan telah menyebabkan tanggapan negatif kepada apa sebenarnya Islam,' katanya dipetik AP

"Mereka menjadi pemisah kepada ramai orang daripada mempelajari tentang Islam," ujarnya lagi.

Sebelum itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dalam ucapan di televisyen turut menggesa rakyat  Amerika untuk menolak diskriminasi dan berkata Muslim Amerika adalah rakan-rakan, jiran, rakan sekerja dan juga wira sukan kita.

Muhammad Ali kini berusia 73 tahun dan memeluk Islam pada tahun 1964.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: