
Momo Latif
SENIWATI veteran yang popular melalui filem Pendekar Bujang Lapok, Momo Latif, 92, meninggal dunia di kediamannya petang tadi.
Momo Latif atau nama sebenarnya Momo Makarim meninggal dunia akibat darah tinggi, 5.50 petang di Woodlands, Singapura.
Memetik BHOnline, anaknya, Kamaliah Latif berkata, selepas dirawat di hospital, Rabu lalu, keadaan ibunya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pembuluh darah ke otaknya pecah.
"Selepas mendapat penjelasan doktor, kami adik-beradik sepakat membawa ibu pulang ke rumah.
"Saya bersyukur kerana pada saat akhir hayatnya, semua 10 anak dan cucu ada di sisi ibu," katanya.
Momo akan disembahyangkan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum dikebumikan di Pusara Abadi, You Chu Kang, selepas solat Jumaat esok.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: