Min Woo dan So Hyun membuat keputusan untuk berpisah selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.
Berita perpisahan pasangan berkenaan diumumkan oleh syarikat pengurusan masing-masing dalam satu kenyataan kepada media baru-baru ini.
Mereka memberikan alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing sebagai punca perpisahan tersebut namun masih mengekalkan hubungan sebagai kawan.
Bagaimanapun ada sumber memberitahu hubungan Min Woo dan So Hyun telah pun renggang sejak musim luruh lalu namun mereka masih mencuba menyelamatkan percintaan tersebut.
Dalam perkembangan lain, Min Woo sedang sibuk dengan latihan konsert bersama kumpulan Shinhwa manakala bekas teman wanitanya dipilih sebagai hos program On Stlye The Body Show 2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: