KEHADIRAN cahaya mata pertama seakan melengkapkan lagi fasa kehidupan pasangan selebriti Jay Chou dan Hannah Quinlivan.
Bahagia dengan kehidupannya kini, Hannah sempat berkongsi momen indah ketika dia dilamar suaminya menerusi sebuah wawancara program hiburan Korea.
“Saya masih ingat lagi, sewaktu itu dia memaksa saya untuk makan malam di sebuah restoran sedangkan ketika itu saya sangat penat.
“Sungguh tidak sangka malam itu menjadi momen paling indah buat saya, cuma apa yang dikesalkan adalah saya tidak memakai baju yang cantik untuk malam istimewa itu,” katanya menerusi Toggle.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: