Thursday, December 17, 2015

Kejadian air pasang besar unik



Kejadian air pasang besar unik
Laluan masuk ke Taman Negara Johor Tanjung Piai dilimpahi air laut.
PONTIAN - Sudah menjadi rutin, Taman Negara Johor Tanjung Piai di sini akan dilimpahi air laut sehingga ke kawasan pintu masuk akibat fenomena air pasang yang berlaku pada setiap penghujung tahun.
Suasana taman negara yang dipenuhi dengan pokok bakau ini akan bertukar menjadi taman tema air ketika musim air pasang yang berlaku hanya setahun sekali.
Kesempatan bersama seisi keluarga pada musim cuti persekolahan ini tidak dilepaskan orang ramai yang datang semata-mata mahu menyaksikan kejadian air pasang yang jarang dapat dilihat sendiri di depan mata.
Malah penduduk tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk datang bermain air.
Keriuhan suasana taman negara dengan bunyi desiran air laut dan suara kanak-kanak yang cukup teruja untuk bermandi-manda kedengaran sejak tiga hari lalu.
Sementara itu, wakil Taman Negara Johor Tanjung Piai, Norwati Abdul Wahab berkata, fenomena alam semulajadi yang hanya berlaku selama tiga hanya dalam tempoh setahun itu, telah menarik minat pengunjung.
“Pihak taman negara sudah sedia maklum mengenai kejadian air pasang ini dari pihak Jabatan Laut.
“Bermula pada Ahad lalu, kejadian air pasang sudah pun berlaku mencecah paras 3.4 meter dan diikuti dengan paras yang sama pada dua hari yang berikutnya,” katanya.
Tambahnya, kejadian air pasang besar setakat ini tidak memberikan apa-apa kesan terhadap hutan paya bakau, namun pihak pengurusan sentiasa melakukan pemantauan.
“Kakitangan di sini sentiasa memantau keselamatan pengunjung yang datang ketika kejadian air pasang besar berlaku pada sebelah tengah hari bermula kira-kira jam 12.30," katanya.
Bagi penduduk, Julia Mostapha, 38, kunjungan bersama keluarga ke taman negara ketika air pasang besar berlaku bukan kali pertama.
Dia yang tinggal di Kampung Perpat Timbul berkata, dia dan suami akan membawa dua orang anaknya untuk bermandi-manda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: