Wednesday, December 23, 2015

Kamal tunggu Emma Maembong?




Kamal Adli


BIARPUN tidak pernah mengiakan atau memberi kenyataan sahih mengenai keakraban yang terjalin, namun hubungan mesra antara aktor, Kamal Adli dan Emma Maembong bukan rahsia lagi.
Bahkan kini bagai menjadi satu kelaziman apabila media dan peminat mula bertanya perkembangan hubungan pasangan ini, termasuk pertanyaan bilakah mereka akan mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, menurut Kamal yang ditemui baru-baru ini, dia sememangnya ingin berkahwin, namun belum mempunyai perancangan ke arah itu.
“Tipulah kalau saya kata saya tak mahu berkahwin sebab umur saya pun sudah 29 tahun. Tapi biarlah saya betul-betul stabil dahulu.
“Buat masa ini belum ada perancangan apa-apa, Insya-ALLAH kalau ada jodoh tidak ke mana,” katanya.
Kamal berkata, walaupun dia dihimpit kontroversi dan dikecam ketika mula berkawan dengan Emma, kini nasibnya sudah mula berubah.
“Kalau boleh saya nak lupakan kontroversi yang berlaku dan saya anggap semua itu bukan rezeki saya.
“Tak dapat dinafikan, pada mulanya saya agak tertekan dengan perkara itu, tapi ada hikmah lain yang saya nampak iaitu rezeki saya tidak putus-putus. Saya akui banyak tawaran yang saya terima antaranya jadi duta produk minuman Escola,” katanya.
Bukan itu sahaja, Kamal berkata, drama lakonannya dengan Emma iaitu Jodoh Sebelah Pintu yang ditayangkan pada Julai lalu di HyppTV turut mendapat sambutan tinggi.
Katanya, biarpun masih ramai yang tidak menyukai mereka sebagai pasangan kekasih, namun masih ada yang mahu menyokong lakonan mereka di televisyen.
“Saya sedar masih ramai yang tidak suka hubungan kami sebab itu juga saya kurang muat naik foto di laman sosial. Tapi disebabkan perkara itu juga mungkin membuatkan drama kami mendapat rating tinggi di HyppTV. Mereka tak suka tetapi mahu juga menonton lakonan kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: