
SELEBRITI, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura mempertahankan tindakannya menegur pelayar laman Instagram yang menggunakan perkataan 'KimK'.
“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.
“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,” kata Fazura dipetik laporan The Malay Mail.
2 Disember lepas, salah faham terjadi di antara Fazura dan pelayar laman Instagram terbabit selepas penggunaan perkataan 'Kimk' yang disalaherti dengan perkataan carutan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Entri Wikipedia Fazura jadi mangsa, #KimK popular]
Fazura kemudian bertindak memuatnaik salinan paparan komen 'KimK' berkenaan sambil menegur tindakan pelayar Instagram terbabit.
Salah faham berkenaan pantas menjadi viral dan warga netizen di laman sosial mendesak pelakon berumur 32 tahun tersebut meminta maaf secara terbuka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: