Tuesday, December 22, 2015

Cinta baharu Rita Rudaini




Cinta baharu Rita Rudaini

STATUS indah di laman Instagram milik pelakon, Rita Rudaini baru-baru ini nyata menjadi perhatian sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.
Dek kerana status itu juga, rata-rata peminat beranggapan pelakon cantik tersebut sudah menemui cinta baharu.
Di sebalik andaian tersebut, Rita memberitahu, status berkenaan sekadar rasa cinta kepada produk wangian terbaharunya iaitu Adorable.
Menurut Rita, Adorable by Rita Rudaini merupakan produk wangian miliknya yang dilancarkan di Bazar Lepak baru-baru ini.
"Segala status itu bukan bermakna diri ini punya buah hati iaitu seseorang lelaki, namun lebih kepada produk baharu itu.
“Sebenarnya, minyak wangi inilah cinta saya. Saya terharu sebenarnya apabila ramai pengikut di laman sosial itu mendoakan kebahagiaan saya sekiranya status itu berkaitan jodoh.
“Namun sehingga kini, hati saya masih tertutup untuk mana-mana lelaki seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Jika benar ada, saya pasti akan umumkannya sendiri, hanya masa yang boleh menentukannya,” katanya kepada Zass ketika di bazar berkenaan.
Bagaimanapun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini tidak menolak sekiranya ALLAH SWT menetapkan ada seseorang lelaki berjaya membuka hatinya suatu hari nanti.
“Andai ALLAH tetapkan saya ada jodoh lagi, saya terima ketentuan-Nya. Saya takkan tolak.
“Saya harapkan jodoh yang sampai itu adalah baik dan paling penting dia mesti sayang anak saya lebih daripada dirinya dan saya.
“Namun buat masa sekarang hati saya masih tak terbuka lagi, dan saya selesa dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.
Rita turut menafikan yang dirinya takut untuk membina rumah tangga lagi, cuma dia letih untuk berhadapan dengan perkara yang memeningkan kepalanya.
“Saya tidak takut untuk berkahwin lagi, tetapi saya letih untuk berhadapan dengan pihak tertentu dan benda yang peningkan kepala,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: