
Ahli panel dalam sesi perbincangan yang diadakan.
GEORGETOWN - Wanita kurang mendapat pembelaan dan keadilan sewajarnya ketika menjalani prosiding di mahkamah syariah hingga menimbulkan pelbagai kesulitan.
Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (Kanita), Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Noraida Endut berkata, kajian yang dilakukan mendapati banyak proses sukar yang terpaksa dihadapi wanita sepanjang proses mahkamah khususnya berkaitan perceraian.
Beliau berkata, antara isu yang sering menjadi masalah ialah komunikasi menyebabkan wanita berasa takut ketika perbicaraan terutama mereka yang tidak diwakili peguam.
“Dalam kajian kami, ada wanita yang tidak dapat membentangkan kes dengan betul kerana rasa gugup ketika berhadapan dengan hakim.
“Ada juga terpaksa berhadapan dengan hakim yang bersifat tidak sabar dalam mengendalikan sesuatu kes,” katanya dalam sesi dialog di Dewan Sri Pinang di sini, kelmarin.
Dialog bertajuk Hak Wanita dalam Islam: Realiti atau Fantasi turut menampilkan panel iaitu bekas Mufti Terengganu, Datuk Ismail Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Sister In Islam, Ratna Osman dan Pegawai Perbadanan Pembangunan Wanita, Normashita Nordin.
Dr Noraida berkata, wanita sering berhadapan dengan masalah kes tertunggak akibat prosedur dan isu teknikal.
Menurutnya, pemerhatian dilakukan sebelum ini mendapati ada kes yang hanya berlangsung 20 minit sebelum ditangguhkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: