Tuesday, November 24, 2015

Ibu Mahu Cari Pasangan Untuk Kelly Osbourne




Sharon mahu anaknya Kelly segera berkahwin.
PENGACARA Sharon Osbourne dilaporkan sedang mencari lelaki sesuai untuk diperkenalkan kepada anak perempuannya iaitu Kelly Osbourne.

Female First melaporkan Sharon mahu melihat Kelly, 30, berkahwin secepat mungkin selepas pertunangannya dengan Matthew Mosshart putus pada awal tahun lalu.

"Sharon mula masuk campur dalam urusan peribadinya anaknya dan terdesak mencari calon sesuai untuk diperkenalkan kepada Kelly," kata sumber terdekat keluarga itu.

Bagaimanapun Kelly dilaporkan tidak suka dengan idea ibunya itu malah tidak peduli sekiranya tidak berkahwin.

"Sebelum ini saya sentiasa menganggap perkara itu sebagai bahan lucu apabila ibu ingin mencari teman lelaki untuk saya.

"Namun sejajar dengan peningkatan usia saya menganggap perkara itu menjengkelkan," katanya.

Kelly yang juga seorang penyanyi dan personaliti televisyen menambah dia kini gembira dengan kehidupannya dan fokus dia kini kepada kerjaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: