Saturday, November 28, 2015

Will Smith Yakin Berjaya Sebagai Ahli Politik




Will Smith merancang untuk melibatkan diri dalam bidang politik.
BINTANG terkenal Will Smith dilaporkan bakal melibatkan diri sebagai ahli politik menurut laporan portal Hollywood Reporter.

Will menjelaskan dia sudah bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam kariernya dan yakin akan berjaya dalam dunia politik.

"Saya sudah lama membuat persediaan untuk bergelar ahli politik menerusi karier lakonan saya termasuk cara bercakap, bahasa tubuh dan cara untuk menyampaikan idea.

"Saya yakin ada ruang untuk saya dalam bidang tersebut malah politik mungkin memerlukan saya," katanya.

Dalam pada itu, Will berkata, dia mahu menyertai bidang tersebut kerana sudah bosan dengan situasi politik yang semakin meruncing.

"Saya tidak boleh tidur apabila memikirkan apa yang sedang berlaku di dunia ini dan mahu melibatkan diri bagi memperbaiki situasi politik yang membimbangkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: